DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencatat pencapaian cemerlang dalam Majlis Penganugerahan MIP Planning Excellence Awards 2024 baru-baru ini.
Majlis anjuran Pertubuhan Perancang Malaysia, menyaksikan DBKL menerima beberapa anugerah atas inisiatif dan projek perancangannya yang inovatif dan berimpak tinggi.
Penghargaan itu diterima Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Maimunah Mohd Sharif.
DBKL menerima tiga emas menerusi projek 1 Community 1 Recycle: KL Low Carbon Community Lifestyle; e-Pandangan: Sistem Penyertaan Awam Dalam Penyediaan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 dan Building a Greener: Kuala Lumpur’s Smart City Initiatives and Carbon Emission Reduction.
Sementara itu bagi kategori Perak pula, DBKL menerima bagi projek The Performance of Kuala Lumpur’s Carbon Emissions in the Context of Urban Planning.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen DBKL dalam memperkenalkan inisiatif perancangan bandar yang mampan dan mesra alam.
Melalui pelbagai inisiatif ini, DBKL terus mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk memastikan kesejahteraan dan kelestarian hidup warga Kuala Lumpur, kini dan pada masa hadapan.-WILAYAHKU