BAHASA Melayu sebagai bahasa utama di Malaysiaโ mengalami pelbagai perubahan sejak berabad lamanya. Dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga era penjajahanโ bahasa ini telah menyerap pengaruh dari pelbagai bahasa seperti Arabโ Sanskritโ Portugis dan Inggeris.
Namun dengan ledakan teknologi digital dalam abad ke-21โ perubahan terhadap bahasa Melayu menjadi lebih pesat dan dinamik. Revolusi ini bukan sahaja melibatkan penambahan perkataan baharuโ tetapi juga cara penggunaanโ penyebaran dan penerimaan bahasa dalam kalangan masyarakat.
Dalam dekad terakhirโ peningkatan penggunaan Internet dan media sosial telah mengubah landskap komunikasi globalโ termasuk di Malaysia. Penggunaan aplikasi seperti WhatsAppโ Xโ Facebook dan Instagram telah mencetuskan fenomena baru dalam penggunaan bahasa Melayu. Bahasa yang dahulunya digunakan dalam konteks formal kini turut diadaptasi dalam bentuk yang lebih ringkas dan tidak rasmi untuk memenuhi kehendak komunikasi yang pantas. Penggunaan singkatan seperti โbrbโ (be right back)โ โbtwโ (by the way) dan โlolโ (laughing out loud) mula mendapat tempat dalam perbualan harian dan ini menunjukkan perkataan bahasa Inggeris diterjemah atau diserap secara langsung ke dalam bahasa Melayu.
Tambahan pulaโ istilah teknologi yang berkaitan dunia digitalโ seperti log masuk (login)โ muat naik (upload)โ muat turun (download) dan pautan (link) menjadi sebahagian daripada perkataan harian pengguna bahasa Melayu. Pengaruh bahasa Inggeris dalam teknologi ini begitu ketara. Banyak istilah baharu yang tidak mempunyai padanan langsung dalam bahasa Melayu diambil terus daripada bahasa Inggeris atau diMelayukan secara fonetik.
Penyerapan istilah global
Dalam era digitalโ penggunaan singkatan dan akronim menjadi kebiasaan. Hal ini berlaku kerana keperluan untuk menyampaikan mesej dengan cepat dan ringkas. Perkataan-perkataan yang dulunya panjang kini dipendekkanโ seperti โTQโ untuk terima kasih; โgudniteโ untuk selamat malam dan โsoriโ untuk maaf. Di samping ituโ perubahan ini didorong oleh had jumlah aksara dalam aplikasi seperti Xโ yang mengehadkan penggunaan 280 aksara bagi setiap kirimanโ menyebabkan pengguna memendekkan ayat dan perkataan untuk memaksimumkan maklumat dalam ruang yang terhad.
Penggunaan akronim juga semakin meluas dalam kalangan generasi muda yang aktif menggunakan platform digital. Istilah seperti โOOTDโโ (outfit of the day) dan โPMโ (private message)โ sering kali digunakan tanpa mengambil kira latar belakang bahasa asal perkataan tersebut. Walaupun singkatan ini berasal dari bahasa Inggerisโ ia sering digunakan tanpa terjemahan dalam kalangan penutur bahasa Melayuโ menunjukkan penerimaan yang luas terhadap percampuran bahasa dalam konteks digital.
Selain ituโ dalam dunia yang semakin globalโ bahasa Melayu tidak terlepas daripada pengaruh bahasa-bahasa asing lain. Istilah seperti โinfluencerโโ โviralโ dan โcontent creatorโ telah menjadi sebahagian daripada bahasa harian. Hal ini menunjukkan fenomena global seperti media sosial bukan sahaja mempengaruhi cara orang berkomunikasiโ tetapi juga memperkenalkan istilah baharu yang menjadi sebahagian daripada leksikon tempatan.
Namunโ terdapat usaha oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memperkenalkan terjemahan rasmi bagi istilah baharu ini. Sebagai contohโ DBP memperkenalkan istilah pempengaruh bagi menggantikan perkataan โinfluencerโโ tetapi penggunaannya masih kurang meluas berbanding istilah asal. Keadaan ini menunjukkan bahawa penerimaan istilah baharu dalam kalangan masyarakat lebih cenderung kepada istilah global yang lebih mudah difahami dan diterima.
Pengaruh media sosial dalam membentuk evolusi bahasa Melayu tidak boleh diabaikan. Platform seperti TikTok dan Instagram bukan sahaja mempengaruhi gaya hidup tetapi juga cara orang berkomunikasi. Melalui video pendek dan kiriman visualโ pengguna sering kali mencipta dan menggunakan slanga yang kemudian menjadi popular dalam kalangan netizen.
Slanga seperti โpaduโโ โmoodโโ โchillโ dan โsquadโ merupakan contoh perkataan yang mendapat tempat dalam perkataan harian generasi muda. Di samping ituโ perubahan ini bukan hanya terbatas kepada perkataanโ tetapi juga penggunaan bahasa dalam konteks tertentu.
Sebagai contohโ โpaduโ pada asalnya bermaksud sesuatu yang kukuhโ tetapi kini ia digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang hebat atau mengagumkan. Fenomena ini menunjukkan makna perkataan boleh berubah dan berkembang mengikut konteks penggunaan dalam platform digital. Begitu juga dengan perkataan โviralโ yang pada asalnya merujuk kepada penyebaran virus dalam konteks biologiโ kini merujuk kepada penyebaran pantas kandungan dalam talian.
Kebimbangan terhadap kelestarian
Walaupun perubahan ini mencerminkan dinamik bahasa yang hidup dan berkembangโ terdapat kebimbangan dalam kalangan pejuang bahasa tentang masa depan bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa rojak dalam bahasa Melayu dicampur dengan bahasa Inggeris telah menjadi satu norma dalam komunikasi harianโ terutamanya dalam kalangan generasi muda. Ini menimbulkan kebimbangan bahawa identiti dan keaslian bahasa Melayu akan terhakis sekiranya trend ini berterusan.
DBP berusaha untuk mengekalkan kesucian bahasa Melayu melalui pelbagai kempen dan usaha pembakuan bahasa. Namunโ dalam dunia digital yang berkembang pesatโ sukar untuk mengawal evolusi bahasa yang berlaku secara organik dalam kalangan pengguna.
Evolusi perkataan dalam bahasa Melayu dalam era digital menunjukkan betapa dinamiknya bahasa ini dalam menghadapi cabaran dunia moden. Pengaruh teknologiโ media sosial dan globalisasi telah mempercepatkan proses perubahan ini. Walaupun terdapat kebimbangan tentang kehilangan identiti bahasaโ evolusi ini juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu berkembang dan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.
Namunโ usaha untuk mengekalkan keunikan dan ketulenan bahasa Melayu perlu diteruskan agar bahasa ini kekal relevan dan berfungsi sebagai alat komunikasi yang efektif di peringkat nasional dan global.
NORLIZA AMIN merupakan pensyarah di Fakulti Bahasa dan Linguistikโ Universiti Malaya
SETIAP artikel penulis adalah pendapat peribadiโ bukan pendirianย Wilayahku.