DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Maimunah Mohd Sharif menerima Anugerah Nona Superwoman Award 2024, malam tadi.
Anugerah disampaikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di majlis yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya.
Anugerah itu diberikan kepada Maimunah sebagai tanda penghargaan di atas pencapai beliau sebagai wanita pertama yang memegang jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur serta jasa dan sumbangan besar beliau sewaktu menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif UN-Habitat dan Ketua Pengarah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Nona Superwoman Award yang diadakan buat kali kedua bertujuan menghargai wanita-wanita yang telah banyak berjasa dan cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2024 melalui 39 kategori anugerah.
Majlis itu adalah kesinambungan daripada kejayaan Nona Superwoman Award 2020. – WILAYAHKU