Artikel

Azam tahun baharu

Foto : FAISOL MUSTAFA / PIX ONLY
- Diterbit 7 Januari 2025 5:31 PM MYT

HARI ini Jumaat 3 Januari 2025 bermakna sudah tiga hari kita memasuki tahun baharu 2025. Sungguh pantas masa berlalu.

Semoga tahun baharu akan membawa lebih banyak kejayaan dan kegembiraan.

Kita semua perlu bersyukur dengan limpah kurnia Allah yang masih memberi kita peluang bernafas serta diberi kesihatan yang baik menjalani kehidupan seharian dalam negara yang aman damai.

Menyingkap fajar tahun baharu‚ barangkali elok kita renung kembali prestasi diri sepanjang tahun lalu. Kepada yang menanam azam‚ adakah ia telah dicapai‚ separuh dicapai atau sekadar tinggal azam semata-mata?

Azam memerlukan komitmen tinggi untuk dicapai. Jika sekadar berderet menyenaraikan apa yang hendak dilakukan‚ tetapi tidak pun berusaha merealisasikan‚ azam itu hanya seperti mimpi mainan tidur yang akan hilang apabila terjaga.

Tahun baharu mendatang‚ azam lain pula ingin digapai. Akhirnya terlalu banyak azam ‘tertunggak’ dan tidak lagi relevan dengan peredaran masa. Oleh itu‚ biar sedikit azam tetapi mampu dicapai berbanding banyak azam tetapi terbengkalai.

[Iklan]

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas