Lensa

Rangkuman suka duka Wilayah Persekutuan 2024

- Diterbit 7 Januari 2025 3:53 PM MYT

1. RAJA Permaisuri Agong‚ Raja Zarith Sofiah berkenan melawat pameran kraf tangan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Lada‚ Labuan pada 5 November 2024. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)‚ Dr Zaliha Mustafa.

2. YANG di-Pertuan Agong‚ Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong‚ Raja Zarith Sofiah diberi Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada 20 Julai 2024. Seri Paduka Baginda berdua diiringi Perdana Menteri‚ Datuk Seri Anwar Ibrahim and isteri‚ Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

3. YANG di-Pertuan Agong‚ Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024. Turut hadir Perdana Menteri‚ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri‚ Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama barisan Menteri Kabinet.

4. DATUK Bandar Kuala Lumpur‚ Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif pada Majlis Pemakaian Kalung Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-15 di Menara DBKL 1 bagi simbolik dan tradisi penerimaan tugas baharunya‚ majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)‚ Dr Zaliha Mustafa. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan‚ Datuk Indera Noridah Abdul Rahim.

5. PEMAIN KL City meraikan kejayaan bersama selepas menjuarai Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 di antara pasukan Kuala Lumpur City (KL City FC) dengan Negeri Sembilan FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 22 April 2024.

6. MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)‚ Dr Zaliha Mustafa mengambil bahagian dalam acara Berjalan Sihat @ Putrajaya ke Dataran Putrajaya bersempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan‚ Datuk Indera Noridah Abdul Rahim.

7. PERDANA Menteri‚ Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Kemboja‚ Hun Manet di perkarangan Bangunan Perdana Putra pada 27 Februari 2024 sempena lawatan rasmi sehari beliau ke Malaysia.

8. SEKITAR Istiadat Keberangkatan Balik Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16‚ Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong‚

9. MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)‚ Dr Zaliha Mustafa bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur‚ Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif merasmikan Pavillion Wilayah Persekutuan (WP) yang menggabungkan ketiga-tiga WP Kuala Lumpur‚ Putrajaya dan Labuan pada penganjuran 100 tahun Pameran Pertanian‚ Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

10. MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)‚ Dr Zaliha Mustafa hadir merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Pelancaran Logo Baharu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan pada 17 Julai 2024.

11. JENAZAH bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak‚ Tun Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari Dewan Syarahan Utama Masjid Negara untuk dibawa ke TUDM Subang bagi diterbangkan pulang ke Sarawak untuk dikebumikan.

12. PERDANA Menteri merangkap Menteri Kewangan‚ Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan dokumen Belanjawan 2025 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2024.

13. ANGGOTA mencari dan menyelamat melakukan pencarian di lokasi kejadian tanah jerlus yang menyebabkan seorang mangsa terjatuh dan hilang di Masjid India.

14. DATUK Bandar Kuala Lumpur‚ Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif hadir merasmikan Sambutan Hari Penguat Kuasa ke-55 di Menara Jabatan Penguatkuasa DBKL pada 3 Oktober 2024.

[Iklan]

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas