KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan 32 pemeriksaan atas premis perniagaan di seluruh Labuan sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas tahun ini.
Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Labuan, Amiluddin Malang, Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan sebanyak tiga tindakan kes telah dihasilkan kerana pelanggaran peraturan ditetapkan sepanjang tempoh kuat kuasa skim tersebut.
Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan terus memastikan peniaga mematuhi undang-undang ditetapkan dan melindungi
para pengguna.
“Penguatkuasaan secara berhemah turut dilaksanakan dengan memberi pendidikan, nasihat dan amaran kepada peniaga agar sentiasa mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.
“Selain itu, peniaga juga diingatkan agar sentiasa mengamalkan etika peniagaan yang baik seperti tidak menyorok dan menyeleweng barang kawalan bersubsidi serta menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati. Ini bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka,”katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Sehubungan itu, KDPN menyeru pengguna terus menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan salah laku,aktiviti penyelewengan serta pelanggaran undang-undang di bawah seliaan KPDN. – WILAYAHKU
[Iklan]