Berita

Ibu Scha Alyahya meninggal dunia

- Diterbit 7 Disember 2024 4:42 PM MYT

IBU kepada pelakon dan pengacara terkenal, Scha Al-Yahya iaitu Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu.

Berita duka pemergian itu dikongsikan sendiri suaminya iaitu Awal Ashaari menerusi Instagram Story (IG Story).

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Dengan dukacita memaklumkan ibu mentua saya, Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 pagi tadi di Hospital Pantai akibat serangan jantung.

“Jenazah telah dikafan dan akan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala.

Tambah Awal, jenazah ibu mentuanya akan dikebumikan selepas waktu Asar.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 sejurus selepas Asar.

Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakan dia, dan ampunilah dosa dan kesalahannya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas