Lensa

PMX disambut mesra pemimpin dunia

- Diterbit 25 November 2024 6:09 PM MYT

KEHADIRAN Perdana Menteri (PMX)‚ Datuk Seri Anwar Ibrahim di negara-negara luar antaranya China‚ Arab Saudi‚ Mesir‚ Peru dan Brazil dalam satu rangka lawatan kerja rasmi telah disambut mesra dan penuh hormat oleh setiap pemimpin negara tersebut.

Setiap negara yang disinggah telah dirancang teliti hala tujunya agar dapat membawa impak positif dan secara tidak langsung bakal memberikan manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia.

Latar berbeza setiap negara yang terkandung dalam rangka lawatan kerja PMX menunjukkan bahawa setiap satunya akan memberi impak berbeza dan ini menggambarkan bahawa pentadbiran PMX begitu komited merealisasikan perancangan untuk meletakkan Malaysia ke satu tahap yang belum pernah dicapai oleh pentadbiran sebelum ini.

Ruang LENSA kali ini menghimpunkan momen-momen PMX sepanjang siri lawatan kerjanya di persada antarabangsa.

Lensa (Foto: FATHRIZAL & AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri):

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim disambut oleh Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly ketika tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir pada 9 November 2024. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim disambut oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi ketika tiba di Istana sempena Lawatan Rasmi ke Mesir di Istana Al-Ittihadiya , Kaherah Mesir pada 10 November 2024. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Imam Al Azhar, Profesor Ahmed Al-Tayeb ketika membuat lawatan ke Univesiti Al Azhardi di Kaherah Mesir pada 10 November 2024. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

 

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Perikatan Global menentang Kebuluran dan Kemiskinan sempena G20 Summit di Rio Di Janerio, Brazil pada 18 November 2024. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Lima, Peru pada 15 November 2024. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di Beijing, 7 November, 2024. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas