Berita

Kerajaan rangka cadangan RUU perolehan Kerajaan

- Diterbit 16 November 2024 3:15 AM MYT

KERAJAAN Persekutuan bercadang untuk merangka Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan sebagai langkah khusus bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan Kerajaan.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata
RUU PK ini digubal dengan objektif untuk mewujudkan satu bentuk perundangan bagi mengawal selia proses Perolehan Kerajaan.

“RUU ini aka. memperincikan kuasa-kuasa pihak berkepentingan di bawah Akta dan
mewujudkan mekanisme semak dan imbang demi memastikan tata kelola
yang baik serta memenuhi amalan terbaik antarabangsa,” kata MoF ketika menjawab soalan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Lupar) yang bertanya mengenai cadangan penggubalan Akta Perolehan di bawah Kerajaan Perpaduan bagi
memastikan RUU PK yang disediakan memenuhi prinsip dan tatakelola perolehan.

Menurut MoF, pihaknya turut mengambilkira kompleksiti penggubalan RUU PK, termasuk menganjurkan beberapa sesi libat urus sedang dan akan diadakan bersama Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, badan berkanun dan agensi-agensi lain berkaitan.

“Berdasarkan komitmen Kerajaan untuk menjadikan RUU PK sebagai reformasi institusi, Kementerian Kewangan merancang untuk membentangkan RUU tersebut pada tahun hadapan,”katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas