Berita

Tun Daim Zainuddin meninggal dunia

- Diterbit 13 November 2024 9:48 AM MYT

BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 86, meninggal dunia di Hospital Assunta di Petaling Jaya, pagi ini.

Peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar ketika dihubungi mengesahkan Daim meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Assunta sebentar tadi.

“Ya. Benar dia meninggal dunia. Pengebumian dibuat pada pagi ini.

“Dia mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU). Belum ada maklumat lanjut,” katanya.

Terdahulu, Tun Daim Zainuddin pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991 dan kali kedua pada 1999 hingga 2001. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas