Oleh SYUQQREE DAIN
WARGA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berpeluang untuk menyerlahkan idea-idea inovatif serta hasil ciptaan yang kreatif sempena Hari Inovasi dan Kreativiti 2024 baru-baru ini.
Program yang dianjurkan DBKL itu bagi memperlihatkan penambahbaikan dari segi produktiviti serta kualiti di peringkat organisasi. Selain itu‚ ia turut merancakkan lagi pembudayaan inovasi dan kreativiti hasil daripada idea-idea segar warga kerja yang kondusif.
Inovasi dan kreativiti memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan tadbir urus agensi awam yang disegani seperti DBKL.
Diadakan di Dewan Perdana Mestika‚ Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur‚ acara diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Kuala Lumpur‚ Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Ia turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Hari Terbuka Jabatan Pengurusan Sumber Manusia‚ Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) DBKL‚ ceramah‚ pameran‚ jualan‚ cabutan bertuah serta permainan interaktif. – WILAYAHKU
Lensa: