KATA orang‚ barang yang lepas jangan dikenang. Kawan-kawan Kedai Kopi ketika bersantai baru-baru ini‚ ada yang mengenang kembali era perkhidmatan bas mini di Kuala Lumpur. Bagi mereka khidmat bas mini wajar dikembalikan.
Mereka berpendapat langkah ini akan mempelbagai khidmat pengangkutan awam sedia ada di ibu kota dalam usaha memenuhi keperluan orang ramai.
Untuk yang tidak merasa khidmat bas mini‚ ia diperkenal pada September 1975 sebagai pilihan tambahan kepada bas dan teksi. Perkhidmatannya meliputi banyak pelosok ibu kota dan Lembah Klang‚ menuju ke pelbagai destinasi.
Walaupun pada permulaan khidmat bas mini dilihat berkesan‚ lama-kelamaan ia dilihat menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di ibu kota. Selain itu‚ pemandu kurang berdisiplin. Mereka mengisi penumpang selagi muat. Juga sering begerak laju mencelah-celah untuk mengejar trip.
Akhirnya bas mini dimansuhkan pada Julai 1998‚ tinggal dalam lipatan sejarah. Di Kuala Lumpur kini ada pelbagai pengangkutan awam lain seperti Transit Aliran Ringan (LRT)‚ Transit Aliran Massa (MRT)‚ monorel‚ di samping bas dan teksi.
Oleh itu‚ pada hemat kawan-kawan Kedai Kopi‚ tidak perlu untuk mengembalikan bas mini memenuhi jalan di ibu kota yang memang sering sesak. Pengangkutan awam yang ada sudah mencukupi.