KEM Smart Solat melatih dan membimbing murid mendirikan solat dengan betul, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.
Beliau berkata program itu melibatkan pelajar sekolah sekitar Bandar Tun Razak.
Beliau hadir merasmikan Program Kem Smart Solat di Masjid Azzubair Ibn Awwam, Kuala Lumpur.
“Kem ini juga menerapkan pengetahuan Islam dalam membentuk sahsiah pelajar yang bertamadun.
“Semoga pelajar mendapat manfaat dari Kem Smart Solat dan menjadi insan yang terbaik dari segi rohani dan jasmani,” katanya. – WILAYAHKU