BERITA kehilangan permata negara yang banyak memberi jasa terutama kepada institusi kewangan Malaysia iaitu bekas Gabenor Bank Negara Allahyarham Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggalkan kesan tersendiri.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 september lalu dan dilaporkan meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jalan Tengah, Stulang Bahru.
Berita pemergian beliau juga turut memberi kesan terhadap Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Anwar Ibrahim yang turut menzahirkan rasa takziah menerusi hantaran di laman facebook rasmi miliknya.
Ia turut mendapat perhatian daripada pelbagai agensi dan jabatan yang memberikan ucapan takziah diatas pemergian Allahyarham.
Ia termasuklah dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di halaman Facebook mereka.
“Jasa dan sumbangan beliau dalam industri perbankan negara dari tahun 1994 hingga 1998 akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Dan pastinya sumbangan Almarhum kepada asnaf melalui bayaran zakat di PPZ-MAIWP sejak tahun 1995 lagi,” memetik halaman PPZ- MAIWP.
Menerusi kenyataan media dihantar lagi, Allahyarham Tan Sri Ahmad Don meninggal dunia pada usia 77 tahun dan kisah perjalanan pemergiannya turut dikongsikan oleh isterinya Puan Sri Hamidah Mohamed.
“Bermula pada penghujung November 2023, Allahyarham telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan di tahan selama dua minggu serta diintubasi.
“Setelah itu Allahyarham turut ditahan lagi untuk beberapa minggu akibat penyakit yang dihidapinya, dengan situasi yang dilaluinya dalam beberapa minggu tersebut.
“Antara lain ia menyebabkan Allahyarham mengalami trauma dan mengambil keputusan tidak akan ke hospital lagi serta menolak untuk membuat “tapak” bagi menjalani proses dialisis seperti yang disarankan oleh doktor,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan media itu lagi,, Allahyarham Bagaimanapun hanya dapat bertahan sehingga Mei lalu dan ditahan semula di Sunway Medical Petaling Jaya .
“Namun, kali ini Allahyarham bersetuju untuk menjalani proses membuat “tapak” dialisis seterusnya menjalani rawatan tersebut bermula dengan tiga kali dalam satu minggu sehinggalah dinaikkan kepada empat kali seminggu.
“Puan Sri Hamidah sekeluarga juga turut meluahkan rasa berterima kasihnya kepada kumpulan doktor yang bertungkus lumus menjaga dan merawat Allahyarham semasa hayatnya iaitu Nephrologist Dr Thiruventhiran dan Dr Azreen, Cardiologist Dr Datuk Anuar Marzuki dan Dr Mohd Kamal , Geriatrician Dr Edward dan Dermatologist Dr Sharifah Rosniza,” Kata kenyataan media itu lagi.
Kenyataan media itu turut menyebut, dalam minggu terakhir dan atas dasar tanggungjawab yang digalas, Allahyarham yang masih berada di Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) membuat satu permintaan.
“Permintaan itu ditujukan kepada pihak peguam, kakitangan bank dan juga kakitangan ASB untuk berjumpa dengannya bagi menyelesaikan semua urusan yang tertangguh dan yang belum selesai.
“Setelah 16 hari berada dalam unit HDU, akhirnya doktor yang merawat Allahyarham memaklumkan bahawa mereka tidak dapat meneruskan lagi alat sokongan perubatan lagi,” kata kenyataan media itu.
Dalam masa sama, Puan Sri Hamidah mengambil keputusan untuk mengajak Allahyarham untuk pulang ke rumahnya di Johor Bahru.
“Allahyarham bersetuju serta membuat keputusan yang sama. Pada 16 September lalu sekitar jam 11.30 malam pihak Ambulan dan keluarga sampai di rumahnya di Johor Bahru. Pihak kumpulan paramedik mengambil masa kira-kira satu jam menguruskan penyediaan dan ketibaanya di rumah.
“Walaubagaimanapun, Tuhan lebih menyayangi Allahyarham dan sekitar jam 1.50pagi pada 17 September. Dilaporkan, ketika itu Puan Sri Hamidah sedang menunaikan solat telah dimaklumkan oleh anaknya tentang pemergian Allahyarham.
“Menurut Puan Sri Hamidah lagi, Allahyarham sempat lagi meminta kesemua anak dan cucunya berkumpul dan mengambil gambar bersama pada minggu terakhir hayat Allahyarham,” kata kenyataan media itu.

Keesokan harinya, Allahyarham telah selamat dimandikan di Surau Darussalam Stulang Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Danga pada jam 10.30 pagi.
“Allahyarham telah meninggalkan tujuh orang anak dan yang paling terkesan adalah anak bongsunya Nurul Izzah Ahmad, 18 yang menuntut di Sunway College AUSMAT(Australia) yang disifatkan terlalu rapat dengan allahyarham.
“Kerana terlalu rapat dgn Allahyarham dan masih lagi kemurungan dgn pemergian papanya, Nurul Izzah masih berasakan keberadaan Allahyarham,” kata kenyataan media berkenaan.
Difahamkan, Allahyarham pun sudah merancang dan membuat persiapan dari awal untuk menghantar Nurul Izzah melanjutkan pengajian ke University of Queensland tahun depan untuk jurusan Bachelor of Business.
“Sebelum dimasukkan ke ICU sekitar November hingga Disember 2023, Allahyarham sendirilah yang memandu menghantar anak kesayangan bongsunya ke sekolah semenjak dari tadika lagi sehingga tamat IGCSE,” kata Kenyataan media.
Buat pengetahuan umum, Tan Sri Ahmad memiliki pengalaman yang luas dalam bidang kewangan dan perbankan.
Allahyarham bermula dengan meraih kelulusan dalam pendidikan Ijazah Ekonomi dengan Kepujian daripada Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom pada tahun 1969. Dan selanjutnya merupakan ahli Fellow Institute of Chartered Accountants di England dan Wales serta ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah.
Menerusi pengalaman tersebut, beliau telah dilantik sebagai gabenor bank Negara kelima dari Mei 1994 hingga Ogos 1998 selain pernah menyandang jawatan selaku Ketua Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1991 hingga tahun 1994.
Seterusnya, setelah itu beliau meluaskan lagi kepakaran dengan memikul peranan penting selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Alliance Bank Malaysia Bhd pada tahun 2017 sehingga tahun ini.
“Walaupun nama beliau kian dilupakan oleh generasi masa kini, tetapi ingatlah akan jasa dan sumbangan beliau yang telah menerajui tampuk kepimpinan bank Negara Malaysia dan juga pembangunan institusi kewangan di negara yang membawa nama Malaysia ke serata dunia,” kata kenyataan media itu. – WILAYAHKU