ISTERI kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifah berpendapat mana-mana wanita yang ingin berkahwin dengan lelaki berstatus duda perlu ada sifat kesabaran yang tinggi dan sentiasa berfikiran positif.
Bagi Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, apa yang berlaku dalam hidupnya perlu berserah kepada Allah kerana dunia ini hanyalah pinjaman.
“Tip dia kena tahu apa yang kita pilih. Jika itu dah pilihan kita, jadi kena banyakkan bersabar.
“Kalau ada benda terasa, cepat-cepat selawat. Cakap dalam diri, tak apalah dunia hanya pinjaman. Hidup, hati dan perasan manusia ni Allah yang punya.
“Kita nak fikir sangat-sangat pun, satu masa Allah ambil nyawa kita atau suami. Jadi tetap tidak ada apa yang tinggal kan.
“Kalau kita berfikiran baik, insya Allah ganjaran yang baik juga Allah beri. Tapi kalau nak fikir negatif, maknanya kita cari jalan gaduh, jalan bermasalah, then apa yang kita dapat?,” tulisnya.
Watie menjawab soalan seorang netizen yang bertanya tentang tip berkahwin lelaki duda yang kehilangan isteri. Watie juga berkongsi komennya di Instagram story.
Watie juga mengingatkan diri dan netizen bahawa setiap apa yang dilalui, perlulah diiringi dengan doa agar sentiasa diberikan kebahagiaan.
“Mood tak happy. Hari-hari yang nak kita lalui pun, kita takkan rasa happy. Nak terasa tu boleh, tapi cepat-cepat pujui hati dengan berkata, ‘tak apalah, semua pun Allah punya’. Dia boleh bagi, dia boleh ambil.
“Apa yang penting kita kena selalu doa, minta semoga Allah beri kasih, cinta, rindu dalam hati suami dan anak-anak untuk kita dan begitu juga kita kepada mereka,” ujarnya. – WILAYAHKU