Berita

PM tiba di Istana Negeri untuk Pengurniaan Kehormatan Negeri Kelantan

- Diterbit 1 Oktober 2024 5:46 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negeri Kubang Kerian di sini, hari ini bagi menghadiri majlis Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan.

Perdana Menteri dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan darjah berkenaan dibuat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang ke-55 Sultan Muhammad V pada 29 Sept lepas. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas