Berita

Lebih 20,000 penuhi Stadium Axiata dalam Himpunan Keadilan

- Diterbit 21 September 2024 12:23 AM MYT

LEBIH 20,000 orang menyertai Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Stadium Axiata, Bukit Jalil.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi.

Tanggal 20 September adalah tarikh keramat buat pejuang reformis, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pada waktu itulah tercetusnya detik kebangkitan rakyat memperjuangkan keadilan.

Ia juga hari bersejarah buat Malaysia kerana pada waktu itu Anwar ditahan dan seterusnya dipenjarakan susulan perjuangannya menentang kebobrokan pemerintah ketika itu yang didakwa diselubungi rasuah, nepotisme dan kronisme.

Kini sudah genap 26 tahun peristiwa itu. Himpunan itu diusahakan oleh PKR bersama gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan mahasiswa.

Antara pemimpin PKR yang hadir dalam himpunan itu adalah Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari, Datuk Seri Aminuddin Harun, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas