KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberikan kelonggaran kepada mahasiswa baharu yang mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk mendaftar lewat ke Universiti Awam (UA) masing-masing sehinga 29 September depan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak KPT mengambil maklum berkenaan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota yang akan berlangsung pada 28 September ini.
“Ketetapan dibuat hasil perbincangan KPT bersama 12 Universiti Awam sebagai usaha memberi kemudahan untuk mahasiswa baharu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan.
“Pelajar baharu yang terlibat boleh berhubung terus dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Awam masing-masing dan memaklumkan tentang status sebagai pengundi di PRK DUN Mahkota,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – WILAYAHKU.