Berita

Festival Kreatif KL pamer aspek seni dan budaya

- Diterbit 13 September 2024 11:46 AM MYT

FESTIVAL Kreatif Kuala Lumpur diyakini dapat mempamerkan aspek seni dan budaya bandar raya ibu kota, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Semalam beliau melancarkan Festival Kreatif Kuala Lumpur di The Toffee yang dianjurkan oleh ThinkCity dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah inisiatif Kuala Lumpur Cultural and Creative District (KLCCD).

“Ini adalah kali ketiga saya hadir ke program anjuran ThinkCity di bawah inisiatif KLCCD ini.

“Pertama dulu di Semua House untuk lancarkan Geran Kreatif KL, kedua di peluncuran GMBB dan kali ketiga ini meluncurkan Festival Kreatif KL,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, Zaliha percaya integrasi di antara kepesatan pembangunan dan seni warisan adalah penting sebagai salah satu usaha untuk ‘revitalise’ sesebuah bandar seperti Kuala Lumpur.

Beliau berkata festival itu juga merupakan platform yang baik untuk memperlihatkan keindahan seni dan budaya.

“Selain itu ia sebagai langkah yang penting untuk memperkukuh ‘cultural diplomacy’ di mana kita dapat mengeratkan hubungan antara komuniti, baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

“Insya-Allah, di peringkat Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL, kami sedang berusaha untuk memberi nafas baru kepada Kuala Lumpur, antaranya untuk mengembalikan kegemilangan warisan dan budayanya,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas