Berita

Majlis Menteri Wilayah bincang kesejahteraan penduduk Kuala Lumpur – Zaliha

Foto: Facebook Dr Zaliha Mustafa
- Diterbit 6 September 2024 10:56 AM MYT

MAJLIS Menteri Wilayah yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa semalam menjadi tempat untuk membincangkan isu-isu dasar terkait kesejahteraan penduduk di Kuala Lumpur.

Zaliha berkata dalam sesi itu, beliau telah bertemu Ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara itu.

Menurutnya lagi, Majlis Menteri Wilayah itu telah bersidang buat kali ketiga tahun ini.

“Antara perkara yang saya tekankan dan beri jaminan kepada semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur bahawa Kuala Lumpur masih lagi selamat untuk didiami hasil dapatan pakar-pakar geologi.

“Peranan Ahli Parlimen juga amat diperlukan bagi memastikan perkara ini sampai kepada rakyat di Kuala Lumpur,” katanya di Facebook.

Sementara itu Zaliha berkata, beberapa isu turut dibangkitkan oleh ahli mesyuarat dalam Majlis Menteri Wilayah itu.

Beliau juga meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan perkara-perkara yang dibangkitkan itu dengan secepat mungkin. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas