ATLET Wilayah Persekutuan, Khor Jing Hong berjaya memecah rekod saingan 20,000 meter lumba jalan kaki lelaki dengan catatan 1 jam 34 minit 38.20 saat (s).
Jing Hong, 19, yang mengungguli saingan itu sekali gus merangkul gelaran juara dan menambah koleksi pingat emas buat kontinjen Wilayah Persekutuan.
Catatan itu menyaksikan dia meleburkan rekod berusia 20 tahun milik M Thiyagu 1:34.56.10s yang dilakukan ketika SUKMA 2004 di Negeri Sembilan.
Terdahulu, pingat perak acara itu dimenangi atlet Pulau Pinang, Sriven Tan yang nencatat 1:38.25.43s manakala gangsa menjadi milik wakil Selangor, C Teban Raj dengan catatan 1:48.07.56s. – WILAYAHKU