Atlet Wilayah

6 atlet WiPers mara ke separuh akhir boling padang

SEKITAR aksi perlawanan boling padang yang diadakan hari ini
- Diterbit 15 Ogos 2024 6:04 PM MYT

ENAM atlet Wilayah Persekutuan (WiPers) akan meneruskan misi juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bagi sukan boling padang yang akan diadakan esok.

Mereka masing-masing daripada acara wanita singles, berpasukan pairs lelaki dan berpasukan triples lelaki berjaya melayakkan diri ke separuh akhir.

Perlawanan yang akan berlangsung di Arena Lawn Bowls Sarawak akan bermula pada pukul 3.30 petang esok menyaksikan pasukan pairs lelaki akan menentang pasukan dari Sabah dan pasukan triples lelaki pula menentang pasukan Pahang.

Manakala untuk acara wanita singles, wakil WiPers bakal berhadapan dengan negeri Perak. Bagaimanapun langkah berpasukan fours wanita terhenti di peringkat kumpulan dengan menduduki di tangga kelima.

Diharapkan misi juara ini akan dapat menyumbangkan lagi pingat emas buat kontinjen WiPers dalam mencapai sasaran menjadi di antara kelompok tiga terbaik negeri. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas