JUARA Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid,33, dan isterinya Nurulain Md Yusof bakal menimang cahaya mata sulungnya, bayi perempuan mereka yang pertama tidak lama lagi.
Sufi mengumumkan berita gembira itu pada majlis doa selamat bersama ahli keluarga, sahabat serta peminat mereka.
Menurut Sufi, dia dan isterinya mengaku teruja menyambut bayi selepas lima tahun mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.
“Alhamdulillah dengan Allah ini dan hadir ketika kami sudah betul-betul bersedia terutamanya dari faktor kewangan dan ekonomi.
“Lebih istimewa ini adalah bayi dari London ketika kami bercuti di Eropah dan saat itu saya beritahu Ain,saya sudah bersedia,” katanya kepada Wilayahku selepas Majlis Gender Reveal Party #BabybySAH di Zebra Square KL hari ini.
Sufi berkongsi lagi, Ain juga mengidam sesuatu yang mewah apabila mahu hadir ke konsert Adele di Jerman.
“Demi isteri tersayang, kami akan terbang esok ke Konsert Adele yang berlangsung di Jerman,” katanya.
Dalam pada itu, Ain juga meluahkan rasa syukur dengan rezeki berkenaan dan mengakui sudah bersedia bergelar ibu.
“Syukur sangat dan betullah kata orang anak itu membawa rezeki dan kami dikurniakan rezeki ketika kami sudah betul-betul bersedia.
“Kalau nak tahu yang banyak mengidam sebenarnya Sufi dan dia juga cranky sebaik saya hamil.
“Dia juga teruja bila setiap malam akan ambil baju baby dan susun serta tenung sambil senyum-senyum,” kongsinya. – WILAYAHKU
Foto: Hilman Hamdan