Berita

Pemimpin, jabatan kerajaan ucap selamat hari lahir pada Anwar

- Diterbit 10 Ogos 2024 3:23 PM MYT

PEMIMPIN negara, jabatan dan agensi kerajaan hari ini mengucapkan selamat hari lahir yang ke-77 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antaranya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang menitipkan terima kasih atas segala usaha memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan membangunkan negara.

“Di hari yang penuh bermakna ini, semoga Datuk Seri (Anwar) sentiasa dimurahkan rezeki untuk terus menabur bakti kepada rakyat, diberkati Allah dengan kebijaksanaan dan kekuatan untuk memimpin negara.

“Moga hasrat untuk melihat Malaysia yang gemilang akan menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Datuk Awang Alik Jeman dan seluruh warga Jabatan Perdana Menteri turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Anwar.

“Semoga Datuk Seri dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi rahmat oleh Allah.

“Kami juga mendoakan agar Datuk Seri dikurniakan keafiatan untuk terus mengemudi rakyat Malaysia dalam membangun Malaysia Madani,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas