Berita

Hari Pahlawan semai semangat patriotik

ANTARA babak yang menyentuh hati pada persembahan pentomin bertajuk “Ops Subuh"
- Diterbit 2 Ogos 2024 12:00 PM MYT

PUPUKLAH semangat jiwa merdeka sebagai usaha untuk meningkatkan rasa cinta dan kebanggaan terhadap negara serta menghargai nilai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu.

Dalam kepelbagaian agama, budaya, adat dan bangsa Malaysia, ianya penting untuk memastikan generasi masa kini dan akan datang dapat mendalami, memahami, menghargai dan meneruskan usaha mengekalkan kemerdekaan dan keharmonian dalam negara.

Semai semangat merdeka dalam jiwa dengan mengibarkan Jalur Gemilang memerlukan usaha berterusan dari semua lapisan masyarakat. Dengan menghayati nilai kemerdekaan dan menjadikan ia sebahagian daripada kehidupan seharian, kita dapat memastikan bahawa semangat ini terus kekal dan berkembang dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Menyahut seruan kerajaan dengan Kempen “1 Rumah 1 Bendera” adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan.

Kempen ini menggalakkan setiap keluarga untuk mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing sebagai tanda sokongan dan rasa bangga terhadap negara.

Dengan mengamalkan kempen “1 Rumah 1 Bendera”, kita dapat memperkukuh semangat perpaduan dan cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia, menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan setiap tahun.

Merdeka!

Lensa:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas