Selebriti

Sakit tanpa diduga

- Diterbit 29 Julai 2024 5:25 PM MYT

BEKAS penyanyi Muss May, melihat pentingnya persediaan dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

Baginya, musibah atau dugaan yang datang tidak mengira umur tua atau muda.

“Semua orang kena bersedia untuk sampai ke tahap itu. Ketika sedang sihat, perlu fikir kalau sakit nanti jadi macam mana. Namun selalunya sakit yang datang dalam keadaan tidak bersedia.

“Ini kerana, apabila kita berada dalam keadaan sihat serta ada pendapatan, sudah tentu kita guna untuk kehidupan seharian dan keluarga.

“Jadi, mungkin boleh simpan sebahagian. Namun tak dinafikan apabila ada kecemasan atau keperluan segera, duit yang disimpan itu pun akan dipakai.

“Itulah yang berlaku dalam kehidupan, kita perlu guna duit di saat yang tak dijangka. Saya tahu ia tidak mudah, tapi kita perlu berusaha untuk menyimpan,” ujarnya.

Tambahnya, setiap orang perlu ada skim perlindungan atau insurans untuk persediaan menghadapi kehidupan mendatang.

“Misalnya sebagai artis, kita bekerja sendiri, mungkin tidak ada syarikat yang boleh memberi perlindungan ketika ditimpa musibah. Namun perlulah ada persediaan. Jangan hanya berserah. Itu salah,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas