Berita

Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan berhubung cubaan bunuh Trump

Kredit: Kent Nishimura/Getty Images
- Diterbit 24 Julai 2024 10:37 AM MYT

PENGARAH Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) Kimberly Cheatle telah meletakkan jawatan susulan desakan meluas berhubung cubaan membunuh calon Republikan Donald Trump, lapor NBC News pada Selasa, memetik tiga sumber, menurut Sputnik.

Cheatle dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai peletakan jawatannya lewat pagi ini, menurut laporan itu yang memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang.

Peletakan jawatan beliau dibuat selepas beliau disoal siasat oleh penggubal undang-undang Dewan Perwakilan AS pada Isnin mengenai kegagalan agensi itu untuk menjamin keselamatan perhimpunan Trump pada 13 Julai di Butler, Pennsylvania. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas