Berita

Kanak-kanak hilang di Iskandar Puteri ditemukan selamat di Selangor

- Diterbit 23 Julai 2024 1:03 PM MYT

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lepas ditemukan selamat di Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata kanak-kanak terbabit dijumpai di kawasan Batang Kali.

“Ketua Polis Johor akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Albertine Leo Jia Hui yang disedari hilang oleh bapanya di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri kira-kira 8.30 malam, pada Sabtu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas