Selebriti

Bersenam cegah penyakit – Alif Satar

- Diterbit 9 Julai 2024 4:57 PM MYT

ARTIS versatil, Alif Satar antara selebriti yang menjadi ikutan ramai terutamanya golongan remaja dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain menganjurkan Subuh Macam Solat Jumaat, Alif sering berkongsi tip hidup sihat dengan mengamalkan senaman.

“Alhamdulillah, saya suka berkongsi perkara-perkara baik dan positif dalam media sosial. Mungkin dengan cara itu boleh menggalakkan lebih ramai di luar sana mengamalkan gaya hidup sihat.

“Gabungan senaman dan diet yang sihat merupakan cara terbaik untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Seperti ramai sedia maklum, ia akan mengurangkan risiko anda untuk mengalami penyakit jantung.

“Bagi mereka yang baru mula nak bersenam, perkara ini amat bagus kerana kesedaran dari dalam diri itu sudah ada. Kemahuan itu yang penting.

“Tak kiralah berapa umur kita, tidak salah untuk mulakan senaman secara perlahan-lahan mengikut kemampuan anda.

“Misalnya kalau anda mahu mulakan dengan joging, buat perlahan-lahan. Tak perlu ikut orang lain kerana ia perlu sesuai dengan kemampuan diri. Apa yang penting adalah konsisten.

“Dari segi pemakanan pula, amalkan diet yang sihat juga mengikut kemampuan. Buat perlahan-lahan, jangan sampai memaksa diri,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas