Berita

Waste To Wealth galak warga kota kitar semula sisa pepejal – Zaliha

- Diterbit 8 Jun 2024 6:35 PM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa melancarkan inisiatif Waste To Wealth di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Inisiatif ini merupakan salah satu komponen di bawah kluster Sejahtera @ WP yang diperkenalkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan bagi melonjakkan
ekonomi, mereformasi dan menstrukturkan semula ekonomi serta
menempatkan Wilayah Persekutuan khusus sebagai hab serantau sekali gus
menyokong kepada kemampanan ekonomi negara.

Zaliha berkata, inisiatif tersebut sebagai bukti mempromosi pengurusan sisa dan kitar semula, demi Kuala Lumpur yang hijau dan lestari.

“Antara inisiatif di bawah Waste To Wealth ialah program 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) di mana merupakan satu program berkonsepkan sistem barter bagi komuniti untuk menukar barang kitar semula kepada barangan keperluan harian,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas merasmikan majlis Pelancaran inisiatif Waste To Wealth Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tambah Zaliha, program itu dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu, 1C1R Bergerak
yang diadakan pada setiap hujung minggu), Kios 1C1R iaitu kios kitar semula statik dan Pembayaran Sewa Rumah Perumahan Awam (PA)/ Projek
Perumahan Rakyat (PPR) DBKL terpilh melalui tukaran barang kitar semula.

“Di seluruh Kuala Lumpur kita ada 12 pusat kitar semula bagi menggalakkan wagra kota kumpul sisa pepejal dan kitar semula.

“Difahamkan juga DBKL membelanjakan kira-kira RM230 juta setahun bagi menghapuskan sisa pepejal yang di buang berjumlah 2300 tan sehari.

“Angka amat besar tetapi diharapkan dengan inisiatif ini kita dapat galakkan penduduk kitar semula dan mencapai bandar Kuala Lumpur bersih, di samping kelestarian alam ditingkatkan,” jelasnya.

Zaliha berkata, di samping itu, penduduk juga boleh mengumpul mata bagi setiap barang dikitar semula dan ditukarkan bagi barangan keperluan harian. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas