PENYANYI Ning Baizura dikecam teruk dalam media sosial apabila tidak peka dengan isu Palestin yang menjadi perbualan dan tumpuan satu dunia.
Ini berikutan video berdurasi 22 saat yang memaparkan Ning terpinga-pinga apabila salah seorang netizen menyebut slogan ‘All Eyes On Rafah’ yang juga merupakan tanda solidariti terhadap mangsa perang di Palestin akibat kekejaman Israel.
“All Eyes On Rafah? Who’s that?,” soal Ning Baizura dalam video tersebut.
Video yang tular dalam Instagram itu turut dikongsikan semula di aplikasi X.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dengan penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu kerana tidak sensitif dengan kejadian di Palestin apatah lagi dia merupakan orang Islam.
“Maknanya selama ini dia memang tak ambil tahu langsung pasal Palestin. Sedihnya,” komen seorang netizen.
“Memalukan jadi manusia yang beragama Islam,” tulis seorang warganet.
“Ya Allah. Kesiannya. Tanya kat budak-budak tadika pun diaorang boleh jawab dengan jujur. Sedihnya. Selama ini dia tak tahu Palestin tu dah jadi apa?,” soal seorang pengguna media sosial.
Apa-apa pun, marilah kita sama-sama terus berdoa agar kekejaman Israel di Palestin dapat dihentikan segera. – WILAYAHKU