KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 524 buah klinik telah berjaya dibaik pulih dan dinaik taraf bagi tahun 2023.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata jumlah tersebut melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 436 buah klinik yang ditetapkan tahun ini.
“Untuk makluman, KKM menyasarkan sebanyak 1,200 buah klinik dibaik pulih bagi tempoh 2023 hingga 2025.
“Pada tahun ini, KKM akan meneruskan usaha menaik taraf klinik-klinik yang berada dalam keadaan daif di seluruh negara dengan sasaran sebanyak 400 buah klinik melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi pihak kementerian di Dewan Rakyat hari ini. – WILAYAHKU