Berita

Alif Aziz ditangkap khalwat dengan pelakon wanita… Bomba hampir pecahkan pintu kerana enggan beri kerjasama

- Diterbit 9 Mac 2024 9:09 AM MYT

KECOH dalam media sosial apabila  pelakon Aliff Aziz sekali lagi mencipta kontroversi ditangkap khalwat awal pagi ini.

Lebih mengejutkan suami kepada Bella Astillah itu didakwa dicekup bersama seorang pelakon wanita popular yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang.

Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas Aliff dan pasangannya pelakon wanita enggan membuka pintu unit sebuah kondominium mewah, di ibu negara, awal pagi tadi.

Difahamkan, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit.

Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua van.

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

Terdahulu, adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz adalah individu yang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita.

Dalam kalangan netizen, nama pelakon Ruhainies antara yang disebut serta dikaitkan sebagai pasangan yang ditangkap bersama Aliff. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas