Berita

Warga kota dipelawa salur idea, cadangan Belanjawan DBKL 2025

- Diterbit 9 Januari 2024 8:35 PM MYT

WARGA kota dipelawa mengemukakan idea dan pandangan untuk penyediaan Belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2025.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan idea dan cadangan itu boleh dikemukakan melalui capaian portal Idea Belanjawan DBKL 2025 di laman sesawang www.dbkl.gov.my/belanjawan bermula hari ini hingga 7 Mac depan.

“Semoga visi DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya sejahtera untuk semua menjelang 2030 akan tercapai,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut DBKL, idea dan cadangan yang ingin dikemukakan berdasarkan kepada 11 program iaitu  pembersihan bandar dan kesihatan; kemudahan infrastruktur jalan raya dan sistem lalu lintas; penghijauan, kemudahan taman dan rekreasi; penyelenggaraan Perumahan Awam dan Perumahan Rakyat serta kesejahteraan komuniti dan kebajikan warga kota.

Selain itu, ia turut merangkumi pengurusan penjaja dan peniaga kecil; kebudayaan, kesenian sukan dan pelancongan; kemudahan awam lain; penyelenggaranan sungai, kolam dan parit; penguatkuasaan serta tempat letak kereta, hentian bas dan siar kaki. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas