BERSIAR-SIAR. Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa isteri Presiden Indonesia, Iriana Joko Widodo melawat mercu tanda sekitar Tasik Putrajaya ketika kunjungannya ke Pusat Pentadbiran ibu kota tersebut baru-baru ini.
Selepas bertemu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, mereka dibawa bersiar-siar dengan menaiki Cruise Kelah di Cruise Tasik Putrajaya selama satu jam.
Sepanjang pelayaran, mereka kelihatan akrab dan berbual santai dengan mesra sambil menikmati keindahan pemandangan beberapa mercu tanda ikonik di Putrajaya.
Selepas bersiar-siar, Azizah turut berkesempatan membawa Iriana melawat kedai cenderahati yang terdapat di Cruise Tasik Putrajaya.
Terdahulu, Presiden Indonesia, Joko Widodo bersama isterinya menghadiri lawatan rasmi dua hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan lawatan rasmi pemimpin Malaysia itu ke republik berkenaan pada Januari lepas. – WILAYAHKU