Berita

Kerajaan bersetuju untuk menambah cuti umum untuk Hari Raya Aidilfitri – PM Anwar

- Diterbit 18 April 2023 7:52 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada Jumaat atau Sabtu ini.

Menurutnya, pengumuman itu dibuat bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan perjalanan dan persiapan menyambut perayaan.

“Sekiranya hari pertama Syawal jatuh pada hari Jumaat, 21 April, maka cuti umum adalah pada hari Isnin, 24 April.

“Jika hari pertama Syawal pada hari Sabtu, 22 April, kerajaan telah menetapkan Jumaat, 21 April adalah cuti umum,” katanya pada Selasa (18 April).

Cuti am tambahan itu adalah berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan juga Labuan.

Anwar berkata bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan tarikh cuti umum dengan sewajarnya.

“Kerajaan terus komited untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara dalam semua aspek,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas