KECOH dalam media sosial apabila pelakon dan pengacara Zulin Aziz memberi bayangan tentang rumah tangganya seolah-olah sudah berakhir
Status yang dimuat naik dalam Instagramnya itu membuatkan netizen berteka-teki dan ada yang mendakwa bahawa Zulin dan suaminya Farhan Norzaini sudah bercerai.
“Minta doakan yg baik-baik, mungkin in ujian buat kami. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
“Saya mohon maaf jika saya tak dapat beri apa-apa penjelasan. Cukup itu saja. Biarlah hanya kami tahu. Dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu.
“Harap dapat menghormati permintaan saya. Hanya mohon doa kalian dan semoga kami dapat jalani kehidupan yg baik dimasa depan dengan haluan masing-masing.
“Tidak ada apa yang mahu dikongsi Semoga Allah jaga rapat Aib kami. Saya bersama keluarga sekarang. Beri saya ruang dan waktu untuk healing, I will come back stronger dan terima kasih,” katanya.
Dalam masa yang sama , Zulin juga menegaskan statusnya dalam Instagram story itu bukanlah gimik atau content. Baginya, hal-hal berkaitan rumah tangga tidak boleh dibuat gurauan.
“Content, marketing, prank? Benda-benda bodoh sewakti dengannya untuk apa?
“Saya takde lagu nak keluar. Tak ada produk nak launch. Hal macam ni orang gila je buat gurauan. Please stop!
“Saya mohon doa. Hanya doa. Mental saya dah cukup koyak. Cukup-cukuplah jangan ditambah.
“Saya berharap doa yang baik-baik itu berbalik pada korang,” luahnya lagi.
Terdahulu, Zulin menerusi hantaran terkini di Instagram memberi bayangan seolah-olah sudah bercerai dengan suaminya.
Menerusi perkongsian tersebut, Zulin memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.
“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.
“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” katanya.
Zulin menulis perkara tersebut di laman berserta gambar hari pernikahan mereka.
Untuk rekod Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.
Instagram will load in the frontend.=