PELAKON hebat Ummi Nazeera,33, lebih selesa untuk merahsiakan bayaran yang diterimanya apabila dilantik sebagai duta tudung By Chefiza (BCF).
Ini berikutan ada sumber mengatakan pelakon drama bersiri Rindu Kasih itu ditawarkan bayaran yang lumayan untuk membawa nama BCF yang semakin popular dalam kalangan wanita.
Bagaimanapun Ummi menjelaskan apa yang diterimanya berpatutan dengan apa yang dilakukan selepas jatuh cinta dengan koleksi produk muslimah mampu milik BCF.

Malah Ummi Nazeera ikhlas untuk mempromosi produk tersebut secara berlebihan walaupun ia tidak termasuk dalam pakej yang ditawarkan.
“Selepas mencuba tudung BCF ini, jujurnya ia tudung yang pertama saya jatuh cinta. Malah saya dengan sukarela melakukan hantaran promosi yang lebih di media sosial saya.
“Ini kerana saya memang pakai ke mana-mana kerana termasuk bersukan kerana ia sangta kasual dan boleh digayakan dalam pelbaga cara apatah lagi saya kagum dengan rekaan dan kualiti yang sangat kualiti,” katanya pada BCF Lead Award 2022.

Mengulas Ummi mengaku tertarik dengan keperibadian Pengasas By Chefiza, Che Nurul Hafizah Che Zulkifli yang disifatkannya seorang yang merendah diri dan kejayaan produk itu membuatkan dirinya bangga.
Tambahnya, ini membuatkan kerjasama antara mereka menjadi mudah tanpa berdepan masalah.
Menyentuh tentang kerjaya, Ummi yang diberikan diberi jolokan pelakon gred A ini tular dalam media sosial apabila membawa dengan baik watak sebagai Saliba dalam Rindu Kasih lakonannya bersama Izzue Islam, Ezzaty Abdullah, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. – WILAYAHKU