Berita

Mural di ibu kota tarik perhatian orang luar

ANTARA mural yang menjadi perhatian terletak di Jalan Hang Kasturi.
- Diterbit 5 Januari 2024 10:20 AM MYT

SELARI dengan matlamat menjadikan bandar raya Kuala Lumpur sebagai ibu kota seni jalanan, beberapa bangunan di sekitar Kuala Lumpur diceriakan dengan lukisan mural pelbagai konsep menerusi projek pengindahan bandar di bawah insiaitif Jabatan Kawalan Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menariknya, lorong-lorong di sekitar ibu kota yang sebelum ini gelap, berbau dan kotor kini sudah dinaik taraf dan diindahkan dengan pelbagai corak lukisan mural menarik hasil kerjasama DBKL dan beberapa pelukis mural tempatan.

Terbaharu, tiga lokasi di sekitar ibu kota iaitu di Jalan Hang Kasturi, Kepong Baru dan Leboh Ampang diberi imej baharu dihias dengan pelbagai corak lukisan mural yang bersifat estetik dan instagrammable yang pastinya mampu mengabadikan memori indah buat pengunjung terutama pelancong luar negara.

Jelaslah, inisiatif DBKL­ menaik taraf semula lorong-lorong bangunan tidak hanya memberi keceriaan kepada persekitaran bandar raya malah ia juga mampu menarik kedatangan lebih ramai pengunjung ke negara ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas