PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima dua anugerah dalam The Knights Award Season 2 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pelantun lagu Magis dan Sehebat Matahari itu menganggap anugerah yang diterima syarikatnya, SIMPLYSITI dan dirinya iaitu ‘The Golden Voice Of The East’ bagi kategori The Duke adalah penutup 2023 yang indah buatnya.
Menerusi Instagramnya, Siti menzahirkan rasa syukur dan kemenangannya itu bukanlah atas individu tetapi orang-orang disekelilingnya.
“Alhamdullillah ,Tabarakallah. Penutup Tahun 2023 yang sangat istimewa.
“Terima kasih kepada The Knights Award terutama sekali Dr @zyrowonghk kerana mengiktiraf produk saya SimplySiti sebagai ‘The Trending Lifestyle Cosmetic Brand Of The Year’ serta saya pula ‘The Golden Voice Of The East’.
“Kemenangan saya tidak kerana diri saya seorang , tetapi dengan izin Allah swt serta sokongan orang sekeliling saya.
“Tahniah juga kepada semua penerima anugerah malam tadi. Saya sempat bertemu lagenda muzik Datuk David Arumugam dan ahli kumpulan Alleycat yang turut sama menerima anugerah. Tahniah sekali lagi,” tulisnya.

Menerusi anugerah tersebut, ia sedikit sebanyak membuatkan beliau terus bersemangat untuk memajukan perniagaan.
Manakala untuk anugerah ‘The Golden Voice Of The East’, Siti menzahirkan rasa penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokongnya dari awal pembabitannya sehingga ke hari ini.
Dalam perkembangan lain, Siti akui mahu terus fokus untuk memberi semula kepada masyarakat. – WILAYAHKU