Fokus

Solekan perlu nampak realistik

JURUSOLEK juga perlu mengejar call time dalam memastikan jadual penggambaran tidak terganggu.
- Diterbit 15 Disember 2023 11:30 AM MYT

SETIAP bidang tugasan pastinya mempunyai cabaran tersendiri termasuklah jurusolek yang terlibat dalam penggambaran sesebuah filem bagi memastikan artis tersebut kelihatan seperti apa yang diinginkan oleh produser.

Memainkan peranan yang cukup penting ketika proses pre-production dan produksi, jurusolek bukan hanya perlu mengejar call time semata-mata bahkan turut berdepan dengan cabaran termasuklah dalam menyiapkan pelakon yang ramai.

Ketua Jabatan Solek bagi Filem Harimau Malaya: The Untold Journey, Marlia Leryani Ghazali, 34, berkata cabaran utama yang dihadapi olehnya bersama pasukan yang kecil adalah untuk memastikan setiap pelakon menyerupai pemain bola sebenar.

MARLIA

โ€œFilem ini mengisahkan individu yang sebenar, jadi dari sekecil-kecil perkara seperti rambut, jambang, warna rambut dan sebagainya perlu dititikberatkan supaya ia kelihatan sama seperti pemain bola sepak negara yang ada sekarang. Selain itu, ia juga perlu selari dengan tahun perlawanan yang dilakonkan semula.

โ€œPenggambaran babak juga kita lompat-lompat jadi ada scene yang mereka perlu warnakan rambut ada yang tidak. Untuk itu, kita sebagai jurusolek perlu sentiasa berhati-hati,โ€ ujarnya bilik solekan juga dipenuhi dengan gambar-gambar pemain bola sepak sebagai rujukan.

Marlia berkata antara watak yang paling mencabar untuk disiapkan adalah Kim Pan Gon kerana pelakon yang memegang watak tersebut lebih muda dan perlu disolek untuk kelihatan seperti jurulatih pasukan Harimau Malaya yang sebenar.

โ€œUntuk menyamakan watak tersebut, kita perlu solek dari segi touring, shading serta pigmentation mukanya. Rambutnya juga perlu kelihatan sama dan itu yang diminta oleh pengarah.

โ€œTim saya ada enam orang dan setiap ahli pasukan bertanggungjawab kepada artis di bawah jagaan mereka. Namun, kali ini kita mempunyai ramai pelakon baharu memandangkan ia melibatkan dua pasukan bola sepak yang akan berlawan, jadi kami juga perlu mengejar masa agar jadual dapat ditepati,โ€ ujarnya masing-masing mempunyai hasil sentuhan yang hebat.

Marlia berkata untuk kali ini pasukannya perlu lebih menjaga konti rambut setiap pelakon memandangkan tidak ramai pelakon wanita bagi filem ini.

โ€œKalau pelakon tersebut masuk set selepas seminggu atau dua minggu, kita akan cek rambut sebab biasanya ia akan panjang. Kita akan terus potong di set malah pelakon sendiri juga tidak pergi ke salun rambut kerana mereka takut lari konti.

โ€œIa sedikit mencabar, walau bagaimanapun pasukan solek dan rambut mencuba sehabis baik untuk memberikan look yang diingini,โ€ jelasnya yang sudah berpengalaman selama 11 tahun dalam industri mekap. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas