Berita

Penjawat awam perlu teruskan prestasi cemerlang pada 2024 – PM Anwar

- Diterbit 11 Disember 2023 10:16 AM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perjumpaan bersama penjawat awam menuju tahun baharu hari ini, mahu prestasi cemerlang penjawat awam diteruskan tahun hadapan dengan menerapkan nilai-nilai baik dalam pentadbiran serta tidak mengamalkan budaya selesa.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Disember di sini yang terakhir sebelum tahun baharu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata nilai-nilai baik yang mendasari Malaysia MADANI, mampu mengangkat martabat dan darjat negara.

“Kalau kita ada nilai (baik) kita terapkan dalam MADANI, saya yakin kita boleh angkat kerajaan dan hentikan kelemahan lampau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas