Oleh SHUAIB AYOB
Foto oleh SHUAIB AYOB
MENJELANG perayaan Deepavali, kerlipan lampu-lampu dan pakaian yang bewarna-warni menghiasi setiap ruang kedai di Little India, Jalan Brickfields, Kuala Lumpur.

PENGUNJUNG sedang memilih hiasan yang terdapat di Little India Kuala Lumpur
Lokasi yang menjadi syurga membeli-belah untuk penganut agama Hindu itu sering menjadi tumpuan bagi membuat persediaan menyambut pesta cahaya yang diraikan penuh kegembiraan dan kesyukuran seisi keluarga.
Bagi masyarakat India, pesta cahaya yang diraikan itu simbolik terhadap melawan kegelapan, menyemai kebaikan berbanding kejahatan dan memberi pengetahuan berbanding kejahilan.

Lensa Wilayahku sempat merakam kemeriahan dan suasana riuh-rendah masyarakat India yang sibuk menyediakan keperluan dan persiapan Deepavali pada tahun ini.

Perayaan pesta cahaya yang bakal disambut hujung minggu ini pasti memberi makna berbeza untuk setiap orang dan semoga kita terus hidup dalam keadaan aman, sejahtera serta bersatu padu. – WILAYAHKU