Selebriti

Badrul Muhayat meninggal dunia

- Diterbit 28 Oktober 2023 5:10 AM MYT

PELAKON Badrul Muhayat meninggal dunia ketika tidur di Pulau Pinang, pagi tadi.

Berita duka itu disahkan pelakon Anne Abdullah selepas dimaklumkan oleh isterinya, Norhayati Zulkapli.

“Saya nak maklumkan Badrul Muhayat meninggal dunia di Pulau Pinang selepas isterinya cuba kejutkan dia tapi sudah tidak sedarkan diri,” katanya ringkas dalam satu rakaman suara di WhatsApp.

Badrul nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun menerusi perkahwinan kali kedua dengan bekas isterinya, Julia Daud.

Badrul juga baru melangsungkan pernikahannya dengan Norhayati pada April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas