Berita

Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri malam ini

Gambar hiasan
- Diterbit 24 Oktober 2023 9:31 AM MYT

Oleh SYED HAZIQUE

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di 10 negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Negeri Sembilan dan Melaka manakala beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak serta Sabah.

“Di Kedah melibatkan kawasan Baling, Kulim dan Bandar Baharu, sementara di Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Bagi negeri Perak di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar manakala di Kelantan hanya di daerah Gua Musang,” katanya hari ini.

Tambahnya, keadaan sama dijangka berlaku di negeri Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bera, Pekan dan Rompin.

“Amaran sama turut dikeluarkan di negeri Johor di kawasan angkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Sementara itu di Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching, manakala kawasan di Sabah di Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas