Berita

Penjawat awam gred 56 ke bawah terima RM2,000, pesara terima RM1,000

ANWAR (tengah) berkata kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.
- Diterbit 13 Oktober 2023 10:44 AM MYT

KERAJAAN bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berjumlah RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan kebawah termasuk lantikan kontrak.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya turut akan memberikan RM1,000 menerusi instentif sama kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam.

“Selain itu, Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya dalam Belanjawan 2024 di Parlimen pada Jumaat.

Tambahnya, bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas