Berita

Tumpahan minyak di Patau-Patau Satu terkawal.

- Diterbit 22 September 2023 11:36 AM MYT

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Labuan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Labuan dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) kini sedang giat melaksanakan operasi mengawal tumpahan minyak yang berlaku di perairan Labuan berhampiran kawasan Patau-Patau 1, semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Zon Operasi, Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Mohd Hafiz Abd Mutalib berkata, Pusat Operasi (PUSOP) Zon Maritim Labuan menerima aduan kejadian tumpahan minyak dari Persatuan Nelayan Labuan pada jam 11.30 pagi tadi.

Jelasnya, tumpahan minyak itu dianggarkan berkeluasan 1.5 kilometer persegi daripada semakin merebak merangkumi Kg. Patau-Patau di sini.

” Bot peronda telah diatur gerak bersama dua orang pegawai dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi melakukan pemeriksaan ke atas kapal-kapal yang sedang bertambat di Labuan Shipyard and Engineering (LSE).

” Siasatan dan pemeriksaan awal dengan mengambil sampel minyak dari kapal-

kapal telah dilakukan oleh pegawai dari JAS untuk dihantar ke makmal untuk pengesahan lanjut.

” Hasil laporan dari JAS mendapati tumpahan minyak berpunca dari janakuasa kapal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Walau bagaimanapun beliau berkata, siasatan lanjut akan dibuat secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Sehingga kini APMM bersama JAS, JLM dan LSE telah memasang ‘Boom’ iaitu satu alat terapung di permukaan laut bagi mencegah tumpahan minyak semakin tersebar di perairan Kampung Patau-Patau Satu. –WILAYAHKU

 

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas