PENYANYI dan pengacara sensasi Kelly Azman mengaku rimas apabila sering diganggu oleh individu yang dipercayai lelaki mengajaknya melakukan hubungan seks.
Menurut Kelly, pemilik akaun Instagram @ABANGTOPTOP sering menghantar mesej-mesej lucah serta berbaur seks dan ini menyebabkan dirinya kurang selesa.
“Dari minggu lepas lagi saya dah perasan mesej-mesej daripada individu yang tak dikenali ini. Saya tak tahu Siapa.
“Sebelum ini dapat juga mesej-mesej kotor macam ni, tapi tidaklah melampau dan ekstrim macam dia ni. Ini buat saya rimas.
“It’s not good lah. Bercakap pasal seks. Keinginan dan fantasi dia. Tolonglah jaga adab walaupun dalam media sosial.
“Saya ni public figure, orang kenal. Kalau ada yang kaitkan saya dengan dia, kat mana saya nak letak muka.
“Apa-apa pun, dia kena tahu saya ni nampak saja lembut, tapi saya straight! Tak bernafsu kepada lelaki. Jadi sudah-sudahlah ‘mengayat’ saya,” katanya.
Dalam masa yang sama, penyanyi lagu No No No! ini berasakan gangguan itu datang daripada orang sekeliling yang cuba ‘memerangkap’ dirinya.
“Saya syak, pemilik akaun palsu ini datangnya daripada mereka yang dekat dengan saya. Saya kurang pasti apa niatnya.
“Namun saya yakin ia sesuatu yang boleh membuatkan saya malu andai membalas mesejnya. Manalah kita tahu apa niat dia. Macam-macam dia boleh buat.
“Sekiranya gangguan ini berterusan, saya tak teragak-agak membuat laporan polis dan ambil tindakan undang-undang.
“Selain ia mengganggu mental saya, saya nak dia tahu jangan sesuka hati nak kacau selebriti. Saya tahu, ramai selebriti lain menerima nasib yang sama,” tambah juri program All Together Now itu lagi. – WILAYAHKU