Selebriti

Fairuz Misran meninggal dunia

- Diterbit 8 September 2023 8:54 AM MYT

PENYANYI yang dikatakan  memiliki wajah seiras Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Berita sedih ini disahkan oleh abangnya, Ruzaidi Misran menerusi hantaran dalam Facebook.

“Innalillahiwainnahirojiun… Menerima perkhabaran sedih bahawa adik disayangi, Fairuz Misran kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya.

Sebelum ini Fairuz Misran semakin dikenali apabila berduet bersama Baby Shima menerusi lagu Ikatan Asmara. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas