BERSEMPENA Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66, Kelab Tasik Putrajaya menganjurkan Program Merdeka Paddle Day 2023 yang berjaya menarik penyertaan seramai 231 peserta pada Ahad lalu.
Program anjuran bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) tersebut melibatkan 101 buah unit fasiliti sukan air yang terdapat di Kelab Tasik Putrajaya seperti kayak, perahu panjang, stand up paddle serta perahu layar.
Antara objektif program adalah untuk memberi peluang kepada para peserta menghayati keindahan Putrajaya dan menjadikan Kelab Tasik Putrajaya sebagai salah satu hub sukan air yang unggul di Malaysia.
Merdeka Paddle Day 2023 dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Tasik Putrajaya dan pihak pengurusan di mana para peserta berjaya menamatkan kayuhan sejauh 14 kilometer selama empat jam. – WILAYAHKU